Polis siasat Yong berhubung ‘sumbangan’ vaksin Pulau Pinang
Polis Sabah telah menyoal siasat ahli perniagaan, Yong Chee Kong, individu yang mengaku sebagai pihak yang mahu menawarkan 'sumbangan vaksin' sebanyak dua juta dos kepada Pulau Pinang.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali tidak menyatakan sama ada Yong akan ditahan atau pun sebaliknya.
"Ya ... pagi ini pegawai saya akan merakam pernyataannya," katanya seperti dipetik akhbar bahas inggeris, The Star.
Yong adalah warganegara Malaysia, yang bekerja di Xintai Enterprise Development Ltd - sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong.
Menurut laporan awal, pada mulanya Yong menawarkan sumbangan vaksin Sinovac berkenaan kepada kerajaan negeri Sabah.
Bagaimanapun, kerajaan negeri itu menolak sumbangan tersebut atas alasan vaksin berkenaan belum diluluskan oleh Malaysia. Dia kemudiannya beralih kepada kerajaan Pulau Pinang.
Pada sidang media semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick), Khairy Jamaluddin mendakwa bahawa tawaran Yong itu adalah palsu dan syarikat yang dikaitkan tidak wujud.
Ini disebabkan oleh kesalahan ejaan nama syarikat dalam surat yang disediakan oleh kerajaan Pulau Pinang untuknya.
Menurut laporan portal Malay Mail semalam, Yong mendakwa tidak ada kaitan dengan firma itu kerana dia bertindak atas kedudukan peribadinya dalam menyumbangkan vaksin dan tidak pernah mahukan publisiti.
Namun, dia memberitahu The Star bahawa sumbangan itu adalah "tawaran tulen oleh syarikat bos saya yang berpusat di Hong Kong."
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai