Vaksin: S'wak mohon maaf insiden isteri VIP potong giliran OKU
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberi jaminan isu memotong giliran dan layanan istimewa semasa menerima suntikan Covid-19 tidak akan berulang di negeri ini.
Ia berikutan tular dalam laman sosial dan portal berita semalam memaparkan gambar isteri seorang kenamaan di negeri ini yang didakwa memotong giliran di laluan Orang Kurang Upaya (OKU) di pusat vaksinasi di Stadium Perpaduan di Kuching.
“Kita harap apa yang berlaku beberapa hari lepas tidak akan berlaku lagi, pihak pengurusan (pusat vaksinasi) memberi jaminan kepada saya.
"Kami memohon maaf atas isu memotong barisan ini.
“Kita sudah ada sistem, sistem itu mampu memastikan pergerakan proses vaksinasi dilaksanakan seperti dirancang,” katanya kepada pemberita di stadium berkenaan hari ini.
Beliau berkata proses vaksinasi dan aliran di stadium itu sudah diperbaik selepas beberapa isu dibangkitkan baru-baru ini.
“Sistem itu sama sekali berbeza dengan sebelumnya, ia kini tersusun dan teratur dengan papan tanda lebih jelas.
"Sebelum ini, stadium itu sesak tanpa penjarakan fizikal. Jadi, kita akan bawa sistem baru ini ke pusat vaksinasi lain di negeri ini,” katanya.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai