Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

KJ: 'Najib tak hirau penjelasan, tak apalah malu apa kan'

Khairy Jamaluddin hari ini menjawab kritikan berterusan bekas perdana menteri Najib Razak mengenai Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (NIP).

Menteri penyelaras NIP itu berkata Najib tidak mengendahkan penjelasannya mengenai kadar vaksinasi, walaupun Khairy telah mengulanginya berkali-kali.

"Seperti yang telah saya katakan berulang-ulang kali, kadar vaksinasi akan meningkat. Ia akan meningkat pada bulan Jun, akan meningkat pada bulan Julai dan akan meningkat pada bulan Ogos.

"Dengan kadar yang kami unjurkan, saya yakin dapat menyelesaikannya (program vaksinasi) pada tahun ini.

"Sudah tentu jika kita mengambil kadar hari ini, ia akan memakan masa yang lama. 

"Saya telah mengatakan ini berulang kali, dan dia terus tidak menghiraukan penjelasan saya.

"Tetapi tak apalah ... Malu apa kan," kata Khairy kepada wartawan secara dalam talian hari ini, dipercayai menyindir Najib yang terkenal dengan slogan kempen 'Malu Apa Bossku'.

Awal hari ini, Najib sekali lagi mengkritik NIP kerana lambat.

Dakwanya, berdasarkan pada tahap semasa proses pemvaksinan, ia akan mengambil masa 6 tahun sebelum Malaysia dapat mencapai imuniti kelompok.

Najib sebelum ini beberapa kali telah membangkitkan isu sama pada hantarannya di media sosial.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.