OIC buat mesyuarat tergempar bincang isu Palestin esok
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar terbuka secara maya esok untuk membincangkan pencerobohan Israel di wilayah Palestin.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein hari ini.
"Malaysia yang sentiasa menyokong padu perjuangan Palestin dan rakyatnya akan menyertai mesyuarat ini di mana saya sendiri selaku Menteri Luar Negeri akan mewakili negara dan Kerajaan.
"Saya akan mengambil kesempatan menerusi pertemuan esok bagi menyampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.
"Saya juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel," katanya.
Tambah Hishammuddin, dia selalu berhubung dengan rakan sejawatannya dari Indonesia dan Brunei untuk mencapai kata sepakat di antara negara-negara Muslim Asia Tenggara mengenai Palestin.
"Secara kolektif, kami bertiga mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Isreal terhadap rakyat Palestin dan mahu Israel hentikan serta merta tindakan pencerobohan di seluruh wilayah Palestin," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai