Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Perak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara semalam berada di tahap 1.14, dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.

Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22); Pulau Pinang (1.21); Melaka (1.18); Selangor dan Johor (masing-masing 1.17); Negeri Sembilan (1.12); Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan di bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94) dan Sabah (0.89).

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.