Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ain tak perlu pujian melambung sebab itu racun - Syed Azmi

Aktivis hak kanak-kanak Syed Azmi Alhabshi menjawab persoalan dirinya didakwa pasif dalam isu melibatkan remaja Ain Husniza Saiful Nizam yang mendedahkan guru lelakinya membuat jenaka mengenai rogol di kelas.

Menurut Syed Azmi, ketika dia melawat Ain dan keluarganya baru-baru ini dia melihat "ada banyak nilai murni dalam rumah itu."

"Tapi bukan hak saya nak kongsi apa dalam rumah privasi dia.

"Dan sebab itulah saya diam," katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.

Kata Syed Azmi lagi, dia memahami apa yang ingin dilakukan Ain untuk menjadikan persekitaran sekolah yang selamat untuk kanak-kanak.

"Dan dalam proses yang dia nak buat itu ada banyak cabaran dan halangan yang dia nak hadapi.

"Semua tu kena lalui. Dia kena lalui kalau nak capai apa yang dia perlukan untuk seluruh kanak-kanak Malaysia. Itu pun saya tak promote sebab itu fight dia.

"Saya whatsapp dan call ayahnya kalau saya rasa perlu reach out untuk bagi support. Tu saja," jelasnya lagi.

Syed Azmin juga memberi nasihat sekiranya ada pihak yang mahu memanipulasikan Ain.

"Asalkan adab terjaga, dia ok. Asalkan yang dewasa tunjuk bijaksana dengan nilai murni, saya ok.

"Yang dia tidak perlukan adalah pujian melambung sebab itu racun. Yang dia perlukan adalah platform bercakap dengan baik dan ruang perubahan demi kanak kanak lain. Tu je.

"Jadi jangan salah guna dia," tegas Syed Azmi.