Sabah benarkan 3 pasar raya dalam senarai Hide beroperasi
Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Covid-19 Negeri Sabah hari ini membenarkan tiga pasar raya di negeri itu yang disenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (Hide) untuk terus beroperasi.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Masidi Manjun berkata, sehubungan itu kawalan ketat akan dilakukan di pasar raya yang terlibat, bagi memastikan pengunjung dan pasar raya itu mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan bagi mengekang Covid-19.
“Kami arahkan Rela dan DBKK (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu) buat kawalan di pintu masuk pasar raya terbabit. Jika melebihi daya tampungnya, pengunjung akan disekat masuk sementara menunggu pengunjung lain keluar.
“Kita akan hanya menutup dan menyahkuman pasar raya itu jika terdapat kes Covid-19,” katanya kepada pemberita menerusi mesej WhatsApp hari ini.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata, premis tersenarai dalam sistem Hide kerana dikenal pasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan kes Covid-19, akan diarah tutup tiga hari berkuatkuasa serta merta.
Semakan di sistem itu mendapati tiga pasar raya terlibat di Sabah ialah Centre Point Shopping Mall, Suria Shopping Mall dan Kompleks Karamunsing, semuanya terletak di Kota Kinabalu.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai