Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Akaun Twitter Fahmi Reza 'dirampas' bagi tujuan siasatan

Aktivis Fahmi Reza terpaksa menyerahkan akaun Twitternya kepada pihak berkuasa sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah terhadapnya.

"Akaun Twitter @kuasasiswa ini akan dirampas oleh polis dan SKMM di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tujuan siasatan dan mengumpul bahan bukti.

"Follow akaun back-up aku @fahmirezaKL. Tolong pressure menteri Saifuddin Abdullah dan (timbalannya) Zahidi Zainul Abidin untuk percepatkan siasatan dan pulangkan akaun aku," kata Fahmi dalam kenyataan di Twitter.

Pada 23 April lalu, Fahmi ditangkap kerana membuat 'playlist' Spotify bertajuk "This is Dengki Ke" dengan gambar Permaisuri Agong.

Ia dipercayai merujuk kepada komen Permaisuri Agong di Instagram ketika ditanya apakah tukang masaknya sudah divaksin.

Fahmi juga telah berkongsi mengenai 'playlist' itu di akaun Twitternya.

Dia dibebaskan pada keesokan harinya setelah majistret hanya memberikan reman sehari kepada polis.

Polis juga sedang menyiasat sekumpulan individu kerana mengadakan perhimpunan solidariti di hadapan balai polis ketika Fahmi ditangkap.