Ain pertimbang tawaran tukar sekolah
Saiful Nizam Ab Wahab, bapa seorang remaja perempuan yang mendedahkan seorang guru didakwa membuat jenaka lucah di kelas, sedang mempertimbangkan tawaran daripada individu untuk menaja anak perempuannya ke sekolah lain.
Saiful berkata dia dan anak perempuannya yang berusia 17 tahun itu sedang mempertimbangkan dengan serius tawaran tersebut agar Ain Husniza, dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif.
"Dari awal Ain memang mahu terus belajar di sekolah yang sama kerana ianya sekolah yang bagus dan ramai gurunya yang telah membantu Ain selama ini.
"Cuma bila dah berlaku seperti ini, banyak perkara juga perlu diambil kira agar Ain dapat belajar dalam suasana yang lebih kondusif," katanya kepada Malaysiakini.
Ain telah membangitkan isu gangguan seksual terhadap gadis remaja di sekolah setelah dia tampil mendedahkan perlakuan gurunya yang dikatakan tidak sesuai.
Pada sebuah video yang disiarkan di TikTok, Ain mendakwa mendakwa seorang guru lelaki membuat jenaka mengenai rogol ketika dalam kelas kelas pendidikan jasmani dan kesihatan.
Ini termasuk guru tersebut memberitahu pelajar lelaki di kelas ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.’
Semalam, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata beberapa individu berhasrat mahu menaja persekolahan Ain sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Memuji Ain kerana mengetengahkan isu tersebut, Amirudin memberitahu media bahawa terserah kepada keluarga Ain untuk menerima tawaran tersebut.
Saiful berkata ada tawaran untuk menaja Ain ke sekolah swasta.
"Kerana sehingga hari ini Ain masih belum kembali ke sekolah atas beberapa perkara yang saya rasakan tidak sesuai," jelasnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai