Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

NGO global kritik tekanan pada kebebasan bersuara di Malaysia

Jaringan NGO global Civicus menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan tekanan pihak berkuasa Malaysia dalam beberapa minggu terakhir.

Civicus berkata seniman dan kartunis berdepan gangguan perundangan kerana pihak berkuasa takut terhadap perbezaan pendapat.

“Kerajaan mesti tamatkan siasatan yang tidak masuk akal terhadap Fahmi Reza dan Zunar, hentikan undang-undang yang ketat dan hormati kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan,” kata Pengkaji Asia Pacifik Civicus Josef Benedict.

Fahmi disiasat susulan karya satira senarai lagu Spotify bertemakan perasaan cemburu yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Fahmi Reza

Dia juga disiasat kerana memuat naik dua karikatur menteri kesihatan di media sosial.

Sementara Zunar pula disiasat berkaitan karya sindiran dterhadpa kerajaan Kedah yang tidak memberi cuti umum Thaipusam pada Januari 2021.

Civicus turut berkata kerajaan mengganggu penunjuk perasaan menyuarakan hak asasi mereka.

Pada 29 Mac lalu, seramai 11 individu dipanggil polis susulan perhimpunan menuntut penurunan had mengundi kepada 18 tahun dilaksanakan segera.

[Baca berita asal]