Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Empat rentung Mercedes terjunam bawah jejambat SKVE

Empat maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke bawah jejambat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan terbakar sepenuhnya di Jalan Teratai Batu 10 Kampung Kebun Bharu, Telok Panglima Garang awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.

“Selepas selesai pemadaman sebuah kereta Mercedes didapati terdapat empat mangsa yang tidak diketahui identiti dan jantina.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah selesai dilaksanakan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama