Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Bantuan raya, Gawai RM500 buat penjawat awam Sarawak

Kerajaan negeri Sarawak bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri dan Gawai sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam negeri.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan bantuan khas tersebut akan dibayar pada bulan Mei iaitu sebelum sambutan Aidilfitri dan Gawai.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam negeri dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negeri dan negara menghadapi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Kerajaan juga berharap dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan beban kewangan bagi penjawat awam negeri serta menjadi insentif kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” menurut kenyataan itu.

- Bernama