Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
Rakaman audio: Anwar dipanggil beri keterangan di Bukit Aman
Presiden PKR Anwar Ibrahim dijangka memberi keterangan kepada polis hari ini, berhubung rakaman audio yang didakwa merupakan perbualannya dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Peguamnya Sankara Naik mengesahkan perkara itu. Menurutnya, Anwar akan memberi keterangan di ibu pejabat polis di Bukit Aman.
"Berdasarkan surat yang dihantar kepada Anwar, dia disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Saya percaya siasatan berkenaan rakaman audio," katanya.
Untuk rekod, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan adalah berkenaan kenyataan yang mungkin mendatangkan khianat awam.
Anwar dan Zahid sebelum ini menafikan bahawa mereka adalah pemilik suara dalam rakaman itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai