'Langkah Zahid singkir Shahidan bakal jahanamkan Umno Perlis'
Umno Bahagian Padang Besar dan Arau mempertahankan Shahidan Kassim yang disingkir daripada jawatan pengerusi perhubungan Perlis.
Kedua bahagian Umno ini juga menolak keras pelantikan Azlan Man ke jawatan itu yang diumumkan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Zahidi Zainul Abidin dipetik Utusan Online berkata tindakan Zahid itu cukup "terdesak dan tidak masuk akal."
“Kami menolak keras pelantikan Azlan. Langkah Ahmad Zahid melantik Azlan hanya bakal menjahanamkan Umno negeri.
"Kami Umno Padang Besar dan Arau menyatakan pendirian jelas menolak pelantikan Azlan," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Besar.
Zahidi (gambar, bawah) yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno menyoal wibawa Azlan menerajui Umno Perlis.
Katanya, Azlan selaku ketua Umno Bahagian Kangar menyaksikan parti itu tewas di satu kawasan parlimen dan tiga DUN pada PRU14 lalu.
“Buat apa hendak lantik pemimpin yang kawasannya kalah teruk dalam pilihan raya lalu.
"Kangar hanya menang dua kerusi DUN daripada lima selain kalah di parlimen,” katanya merangkap Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Arau, Salim Dahaman berkata, Azlan tidak layak memimpin Umno Perlis.
“Azlan datang daripada bahagian yang kalah teruk dalam pilihan raya lalu...
"Kita akan pertahankan Shahidan,” katanya, petik Utusan Online.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai