Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Jawi beri kebenaran khusus warga asing solat jemaah di Masjid India

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberikan kebenaran khusus kepada warga asing untuk menunaikan solat jemaah di Masjid India, Kuala Lumpur.

Ini selepas permohonan pentadbiran Masjid India terhadap larangan warga asing solat di Masjid India.

"Kami memberikan kebenaran khusus kepada warga asing yang melazimi menunaikan solat berjemaah di Masjid India.

"Kebenaran khusus ini terutamanya kepada golongan ekspatriat dan profesional.

"Ia mengambil kira permohonan yang dibuat oleh pentadbiran Masjid India," kata Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail kepada Malaysiakini pada Khamis.

Terdahulu, beliau berkata kebenaran khusus itu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Warga asing tidak dibenarkan menunaikan solat berjemaah termasuk solat Jumaat di semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan, berdasarkan garis panduan 18 Mac.
Namun, beberapa peniaga sekitar Masjid India menggesa Jawi mengkaji semula larangan tersebut.