Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Gempa bumi lemah di Ranau

Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah, pada 11.10 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer (km) barat dari Ranau, Sabah.

Gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10 km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.

- Bernama