'300 bekas ahli PKR Perak sertai Gerakan'
Kecewa dengan perebutan dalaman kepimpinan dan mengabaikan kepentingan rakyat, seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat bertindak keluar dari parti berkenaan dan menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).
Pengerusi Gerakan Perak Datuk See Tean Seng berkata, ahli tersebut telah keluar dari PKR setahun lepas dan kini secara rasmi menyertai mereka selepas pihaknya menerima borang permohonan keahlian.
“Setakat ini seramai 300 bekas ahli PKR dari Ipoh barat telah menyatakan hasrat menyertai kami. Daripada jumlah itu, kira-kira 50 borang keahlian telah lengkap diisi dan diserahkan. Ada juga borang yang yang masih dalam proses penelitian pihak kami.
“Kami terima penyertaan mereka dan akan memberikan penerangan mengenai perjuangan kami,” katanya dalam sidang media di Wisma Gerakan Ipoh hari ini.
Sementara itu, seorang wakil dari kumpulan bekas ahli PKR Ipoh Barat tersebut, Alfaizal Shahul Hamid, 44, berkata, keputusan yang dibuat mereka itu adalah disebabkan perebutan kuasa yang sering berlaku dalam kepimpinan PKR, selain tidak mengendahkan masalah rakyat sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Perjuangan mereka hanya untuk diri sendiri dan bukan untuk rakyat. Oleh itu, saya sertai ahli-ahli yang lain mengambil keputusan untuk keluar parti,” katanya dalam sidang media yang sama.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai