Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan kemuka rayuan isu kalimah Allah

Pertikaian mengenai hak menggunakan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan beragama Islam kini dibawa ke peringkat Mahkamah Rayuan selepas kerajaan mengemukakan rayuan hari ini.

Peguam Cara Negara Abdul Razak Musa mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai rayuan tersebut yang difailkan hari ini.

Abdul Razak adalah pegawai kanan perundangan di Jabatan Peguam Negara yang bertindak bagi pihak menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia.

Rayuan itu dikemukakan ketika beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan pendesak Melayu menuntut agar Putrajaya mengemukakan rayuan berhubung keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nor Bee Ariffin pada 10 Mac lalu.

Dalam penghakimannya Nor Bee berkata arahan kerajaan yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah pada 1986 adalah terbatal.

Untuk rekod Nor Bee merupakan hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan tersebut atas kapasitinya sebagai hakim mahkamah tinggi. 

Dia membuat keputusan tersebut selepas menerima cabaran perundangan daripada seorang wanita Melanau beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill.

Dalam penghakimannya Nor Bee berkata wanita Kristian terbabit berhak menggunakan kalimah "Allah" untuk tujuan keagamaan dan pendidikan. 

[Baca berita penuh]