Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Presiden baru Badan Peguam tekad perkukuh mekanisme aduan gangguan seksual

Badan Peguam Malaysia bertekad untuk menangani isu gangguan seksual dalam profesion undang-undang dengan memperkukuh mekanisme aduan dalamannya, kata presidennya yang baru dilantik, AG Kalidas.

Kalidas (gambar judul, di atas), dilantik menerajui Badan Peguam untuk penggal 2021/2022 pada mesyuarat agung tahunan (AG) hari ini.

Katanya, mekanisme yang diperbaiki Badan Peguam itu akan berusaha melindungi hak-hak mangsa gangguan seksual.

"Apa yang ingin kami lakukan adalah kami akan meneliti mekanisme dalaman kami untuk melihat sekiranya kami dapat memperkukuh hak-hak mereka yang tidak seharusnya diganggu, dengan kata lain, gangguan seksual (terhadap mangsa).

"Kami sudah mengusahakan sesuatu [...] tetapi kami berhati-hati. Kami ingin melihat apa yang akan kami lakukan tidak akan dianggap sebagai ultra vires (di luar bidang kuasa Badan Peguam)," katanya semasa sidang media di Wisma Badan Peguam di Kuala Lumpur hari ini .

"Saya dapat memberitahu anda sebanyak ini, kami akan melakukan sesuatu, misalnya, keputusan Majlis Peguam. Mungkin tidak lama lagi kami akan membuat keputusan mengenai gangguan seksual," katanya.

Kalidas berkata mekanisme aduan yang diperkukuh itu juga akan tersedia untuk mangsa daripada luar profesion undang-undang untuk menyelesaikan aduan gangguan seksual yang dibuat terhadap anggota Badan Peguam.

"Ya, memang begitu. Sekiranya mereka (mangsa) mengadu kepada lembaga disiplin," tambahnya.

Terdahulu, usul meminta supaya Badan Peguam Malaysia membuat pendirian mengenai masalah gangguan seksual yang sudah lama berlaku dan mengenai gaji minimum untuk graduan undang-undang menjalani tempoh percubaan "chambering" diluluskan bersama beberapa usul lain.

Untuk rekod setelah menamatkan pengajian, graduan undang-undang perlu melakukan "chambering" (atau pupillage) selama 9 bulan.

Selepas graduan undang-undang menyelesaikan tempoh "chambering", graduan akan dipanggil ke bar untuk menjadi peguam bela dan peguam cara.

Walau bagaimanapun, mesyuarat agung tahunan Badan Peguam yang pertama kali diadakan dalam talian sejak sejarah 75 tahun penubuhannya - nampaknya mengalami beberapa gangguan.

Usul yang menuntut agar Badan Peguam menjelaskan kesahihan mekanisme gangguan seksual dalamannya yang berusia 14 tahun disahkan dengan 444 undi yang luar biasa untuk menyokongnya.

Tiga puluh lapan memilih menentangnya manakala 21 berkecuali.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan kelemahan mekanisme aduan gangguan seksual Badan Peguam, termasuk halangan yang hanya membenarkan Lembaga Disiplin Profesion Undang-Undang mengadakan siasatan terhadap anggota peguam.

Dua usul lain yang meminta peguam mengambil pendirian mengenai gaji minimum untuk graduan chambering dan menjelaskan polisi bagaimana ia akan dilaksanakan juga diluluskan.

[Baca berita penuh]