Shazni: PH tak patut kerjasama 'kluster mahkamah Umno'
Ketika PKR dan kumpulan tertentu dalam Umno terus melontarkan idea kemungkinan kerjasama menjelang PRU15, seorang pemimpin Pakatan Harapan memberikan amarannya.
Ketua Pemuda PH yang baru, Shazni Munir berkata langkah ini boleh menyebabkan gabungan itu kehilangan penyokong teras mereka.
Katanya, sebarang kerjasama dengan Umno, sebelum atau selepas PRU15, tidak boleh melibatkan pemimpin "kluster mahkamah" yang menghadapi tuduhan rasuah.
"Kluster mahkamah ni PH tak sepatutnya kerjasama
"Sepatutnya tidak boleh. Kalau kita pergi ke arah itu, kerisauan paling besar macam mana kita nak jawab kepada rakyat bila perkara itu berlaku.
"Apa kita nak justify? Bertahun-tahun kita lawan rasuah. Bertahun-tahun kita lawan penyalahgunaan kuasa.
"Tiba-tiba bila kita berdepan PRU atau selepas PRU, kita kerjasama dengan pihak-pihak macam ini.
"Kita hendak jawab apa balik dengan rakyat yang selama ini menyokong dan percaya dengan agenda reformasi yang kita nak buat," kata Shazni kepada Malaysiakini ketika wawancara pada Selasa.
Pemimpin Umno "kluster mahkamah" termasuklah presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan setiausaha agungnya Ahmad Maslan.
Pemimpin Umno ini digambarkan lawan mereka sebagai 'terdesak dan sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan diri daripada sabitan bersalah di mahkamah.
Antara pemimpin kluster ini, bekas perdana menteri Najib Razak yang pernah melobi Uno dan BN untuk menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Pun begitu, pengkritik "kluster mahkamah" mendakwa langkah menjalinkan kerjasama antara Umno dan PKR masih berjalan.
PH perlu terbuka bincang pembangkang lain
Pemerhati politik percaya "kluster mahkamah" yang memutuskan menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional pada PRU15.
Penganalisis juga mendakwa kluster politik Umno inilah yang dimaksudkan Anwar sebagai sokongan "kukuh dan meyakinkan" yang diterimanya bagi membentuk kerajaan baru pada tahun lalu.
Presiden PKR tidak menolak kerjasama dengan Umno pada PRU15, mengulangi pendapatnya PH akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang menyokong agenda reformasi.
Bagaimanapun, meneroka hubungan dengan Umno secara umumnya tidak bertentangan dengan dasar PH.
Menurut Shazni, pendirian terkini Majlis Presiden PH menyatakan gabungan itu perlu terbuka untuk perbincangan dengan parti pembangkang lain dan parti-parti yang menentang pemerintahan PN sekarang.
Katanya lagi, selain mengecualikan pemimpin Umno yang disabit serta dituduh melakukan rasuah, sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan mana-mana parti mesti dilakukan dengan PH sebagai satu gabungan.
"Sama juga dengan Umno, perbincangan Umno tidak boeh menjadi perbincangan Umno dan satu pihak saja dalam PH," katanya.
Menurutnya, hal ini juga perlu dilaksanakan dalam perbincangan dengan parti-parti pecahan PH, sekiranya Pejuang dan Muda boleh bertanding pada PRU15 menggunakan logo PH atau parti komponen.
Parti Shazni, Amanah dan komponen PH, DAP dilihat lebih terbuka untuk bekerjasama dengan Pejuang - parti pimpinan 'seteru' Anwar, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pun begitu, hal ini menjadi hadangan dalam PKR, yang memandang kerjasama dengan Mahathir sebagai pengkhianatan kepada Anwar - yang seharusnya mengambil alih jawatan perdana menteri sebelum pentadbiran PH runtuh tahun lalu.
Itu antara alasan yang dibangkitkan Pemuda PKR dalam mengkritik pelantikan Shazni sebagai ketua Pemuda PH.
Untuk itu, Shazni mengulangi pendirian Anwar dan majlis presiden PH yang tidak melarang keterlibatan dengan mana-mana pihak yang menyokong agenda reformasi.
Dia juga berkata kritikan terhadapnya hanya masalah kecil, menjelaskan kerjasama antara sayap pemuda Amanah, DAP,dan PKR masih baik dan utuh.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai