Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
4 individu direman kes rasuah tender projek bekalan air di Semporna
Dua pengarah dan dua lagi pengurus syarikat pembinaan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender projek bekalan air luar bandar di Semporna bernilai RM142 juta pada 2019.
Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini setelah permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Menurut sumber mereka yang direman terdiri daripada lelaki berusia 27 hingga 49 tahun, ditahan SPRM dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu semalam.
Sumber juga memberitahu Bernama kes itu disiasat di bawah Akta SPRM 2009, namun enggan mengulas jika ada tangkapan lain berkenaan kes itu selepas ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai