Portal berita, laman web kini wajib periksa komen pembaca - Peguam
Portal berita dan laman web lain di Malaysia kini wajib memeriksa semula komen pembaca mereka sebelum memuat naik ke ruangan komen, kata peguam.
Peguam kanan Malik Imtiaz Sarwar berkata ini kesan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mendenda Malaysiakini RM500,000 kerana menghina mahkamah disebabkan komen pembaca.
Malik, yang mewakili Malaysiakini berkata penghakiman penting hari ini merumuskan bahawa portal yang menyediakan ruang untuk komen pihak ketiga kini perlu bertanggungjawab terhadap komen tersebut.
"Portal seperti Malaysiakini perlu bertanggungjawab terhadap komen yang mungkin menyinggung perasaan dan menghina. Ini pandangan majoriti (daripada sidang tujuh hakim Mahkamah Persekutuan),” katanya hari ini.
"Dengan penghakiman itu (keputusan 6-1 majoriti), mana-mana portal yang membenarkan komen mesti menyederhanakan komen sebelum diterbitkan untuk mengelakkan liabiliti," katanya.
Katanya, keputusan mahkamah tertinggi negara hari ini adalah keputusan polisi yang wajib dipatuhi oleh mahkamah ketika menangani kes seperti itu.
"Ini keputusan penting yang menjelaskan bagaimana akhbar atau bagaimana organisasi yang membenarkan komen pihak ketiga (dalam talian) perlu lakukan.
“Sebelum penghakiman ini, tidak ada panduan (berhubung isu berkenaan). Sekarang kita sudah ada,” kata Malik.
Jelasnya, keputusan majoriti berbeza dengan penghakiman yang dibuat oleh hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, yang berpendapat Malaysiakini tidak boleh didapati bersalah menghina.
Peguam itu menjelaskan hakim yang tidak setuju itu berpendapat Malaysiakini telah memadamkan komen yang menyinggung itu dalam beberapa minit setelah diberitahu mengenainya.
Menurutnya lagi, hakim P Nallini berpendapat bahawa tindakan Malaysiakini itu sesuai dengan kod Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang memperuntukkan "dasar manandai dan memadam" komen.
Ini merupakan pertama kali Malaysiakini menghadapi tuduhan menghina mahkamah sejak penubuhannya 21 tahun lalu.
Baca ringkasan penghakiman MINORITI dan MAJORITI:
Berita berkaitan:
Mahkamah Persekutuan putuskan M'kini hina mahkamah melalui komen pembaca
Malaysiakini rayu ihsan orang ramai kutip RM500,000
Pesuruhjaya Tinggi Britain dan Kanada pandang serius kes Mkini
Didenda RM500k kerana komen pembaca hina mahkamah
LANGSUNG: Jumlah denda yang besar sangat mengecewakan, kata Gan
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai