Rakyat belum dapat nikmat pakej rangsangan PN, kata Daim
Walaupun kerajaan PN mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai berbillion billion ringgit namun rakyat masih tidak dapat menikmati manfaatnya dan terus ditimpa kesusahan, kata veteran politik Daim Zainuddin.
Dia dipetik FMT berkata rakyat sudah membuat kesimpulan bahawa kerajaan sama ada tidak ada perancangan, atau komunikasinya sangat buruk sehingga ia tidak peduli dan tidak dengar rintihan rakyat .
"Banyak cadangan sudah dibuat oleh pembangkang, ketua industri, pakar kesihatan, NGO malah rakyat biasa – tetapi mereka merungut kerajaan tidak mahu dengar.
“Sehingga apabila perdana menteri membuat pengumuman khas, ia tidak menepati sasaran dan tidak menyentuh isu yang dibangkitkan oleh industri yang menderita semasa wabak ini,” kata Daim yang juga bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan era PH.
Katanya, walaupun PN dilihat 'terumbang-ambing' mentadbir negara, namun pembangkang merumitkan lagi keadaan dengan tidak berupaya memainkan peranannya dalam menangani wabak Covid-19.
'Putus asa, bosan'
“Mereka (Pakatan Harapan) pernah menjadi kerajaan walaupun untuk hanya 22 bulan.
"Setiap bekas menteri boleh menjadi menteri bayangan bagi memantau portfolio yang masing-masing dipegang mereka dulu,” katanya pada wawancara FMT , terbit hari ini.
Kata Daim, rakyat sudah 'putus asa dan bosan' terhadap politik kerana tidak nampak kerajaan ataupun pembangkang tahu bagaimana menangani wabak ini.
Tetapi, jelasnya rakyat tetap mahukan darurat berakhir sebelum 1 Ogos.
Rakyat mahu parlimen dan DUN bersidang semula supaya wakil yang mereka pilih boleh menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, katanya.
Bagaimanapun, menurut Daim bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, yang kini mengetuai pasukan petugas Covid-19 Selangor, sebagai antara pemimpin pembangkang yang melaksanakan tanggungjawab memerangi wabak itu.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai