Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

PKPD di Felda Bersia, Felcra Nasaruddin, Perak - Ismail

Majlis Keselamatan Negara (NSC) akan mengenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di dua petempatan kawasan pedesaan di Perak.

Felcra Nasaruddin di Bota, Perak Tengah akan dikurung selama dua minggu dari 3 ke 16 Februari ini. Ini selepas 28 kes Covid-19 dikesan di sana.

Felda Bersia di Hulu Perak juga akan dikenakan PKPD dari 3 hingga 16 Februari selepas 20 jangkitan direkod di kalangan penduduk. Penutupan akan mempengaruhi penduduk di Bahagian Dua dan sebahagian daripada mereka di Bahagian 1 Felda Bersia.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata PKPD di Felda Bersia akan melibatkan 800 orang.

Ismail yang juga menteri pertahanan berkata MKN telah memutuskan untuk melanjutkan PKPD yang dikenakan pada masa ini di Kampung Orang Asli Batu 6 di Batang Padang, Perak sehingga 10 Februari.

Ini kerana satu kes positif terpencil dikesan manakala 34 penduduk belum menyelesaikan tempoh kuarantin rumah mereka. Desa yang mempunyai 494 orang ini telah merekod 27 jangkitan Covid-19 setakat ini.

Sementara itu, PKPD yang dikenakan di pusat pemulihan akhlak di Muar, Johor akan tamat esok seperti yang dijadualkan.

Kemudahan ini telah ditutup sejak 24 Disember 2020.

Ismail berkata, semua 22 pesakit Covid-19 di pusat itu telah pulih.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.