Hotel tawarkan 'pakej kuarantin'
NOTA EDITOR: Artikel ini telah dikemas kini dengan penjelasan oleh Eastin Hotel.
Selepas berdepan dengan perintah kawalan pergerakan pusingan kedua (PKP 2.0), beberapa hotel terkemuka mempelbagaikan kaedah promosi, termasuk menarik pelanggan yang sedang menjalani kuarantin.
The Eastin Hotel di Kuala Lumpur kini mempromosikan pakej kuarantin selama tujuh hari sehingga dua minggu dengan menyediakan perkhidmatan termasuk menghantar makanan yang dibungkus ke bilik pelanggan.
Wakil dari hotel berkenaan berkata ia tidak menerima individu yang diuji positif Covid-19 dan tidak mengalami gejala.
"Pakej kuarantin tersedia untuk mereka yang diuji negatif dan mereka yang hanya mempunyai dokumentasi yang relevan," kata jurucakap itu.
Perkembangan ini berlaku ketika jumlah kes Covid-19 semakin meningkat dan langkah kerajaan membenarkan individu yang tidak bergejala tinggal di rumah untuk menjalani kuarantin.
Sebelum ini, banyak hotel menyediakan pakej 'bekerja dari hotel' bagi mereka yang mahu menukar suasana bekerja dari rumah.
Kelonggaran sekatan perjalanan rentas negeri dikatakan bakal memberi nafas baru bagi industri perhotelan.
Bagaimanapun ketua eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Yap Lip Seng dipetik portal Free Malaysia Today sebagai berkata, kadar tempahan kebanyakan hotel jatuh ke bawah 20 peratus selepas PKP 2.0 diumumkan.
“Setelah mengalami kerugian selama hampir setahun, keadaan sekarang adalah lebih buruk.
“Hotel terpaksa membuat keputusan segera. Ia mungkin tidak mampu menunggu keputusan kerajaan sama ada PKP akan dilanjutkan atau sebaliknya. Ketidakjelasan itu menyukarkan perancangan,” katanya seperti dilapor.
FMT juga memetik Setiausaha agung Kesatuan Pekerja Hotel, Bar dan Restoran Semenanjung Malaysia Rosli Affandi yang berkata, lebih 8,000 ahli kesatuan itu kini terhimpit.
Menurutnya, ramai kakitangan belum mendapat gaji mereka dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama tiga hingga empat bulan.
“Ramai pekerja hotel kini dilanda kemiskinan. Mereka membuat hingga tiga kerja sekali gus, menjual kuih dan pelbagai kerja sambilan hanya untuk hidup," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai