Biden mahu pulihkan hubungan dengan Palestin
GLOBAL l Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengarahkan pentadbirannya untuk segera “mengembalikan hubungan kukuh” dengan Palestin dan Israel, kata pemangku utusan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Richard Mills memberitahu Majlis Keselamatan urusan diplomatik itu "akan melibatkan pembaharuan hubungan dengan kepemimpinan Palestin, dan rakyat Palestin."
Ia termasuk memulihkan bantuan kemanusiaan untuk Palestin yang ditangguhkan Donald Trump, dan membuka kembali misi AS Palestin di Washington, D.C. yang ditutup bekas presiden itu pada 2018 ketika AS kembali menyokong penyelesaian dua negara, kata Mills.
"Perdamaian tidak boleh dipaksa terhadap rakyat Israel atau Palestin," katanya. "Penglibatan diplomatik AS akan bermula berdasarkan perundingan aktif dengan kedua-dua pihak, dan kejayaan akhir memerlukan persetujuan aktif kedua-dua pihak."
Kenyataan tersebut menandakan pengesahan rasmi pertama pentadbiran baharu mengenai dasar Israel-Palestin sejak Biden memegang jawatan pada 20 Januari.
Ia dilihat menyasarkan secara adil pada desakan Trump untuk melaksanakan penyelesaian terakhir terhadap rakyat Palestin yang menyaksikan sebahagian besar wilayah mereka di Tebing Barat dicerobohi Israel, dan tanah yang diperuntukkan kepada mereka di bawah rancangan Trump adalah untuk mengekalkan penempatan komuniti Israel, yang tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.
Israel menerima cadangan tersebut namun ia ditolak Ramallah.
Mills berkata AS "mengesa Israel dan pihak berkuasa Palestin untuk menghindari langkah sepihak yang membuatkan penyelesaian dua negara lebih sukar, seperti pencerobohan wilayah, kegiatan penempatan, meroboh, menghasut keganasan dan pemberian pampasan kepada individu yang dipenjarakan kerana tindakan keganasan. "
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai