Saringan Covid-19 untuk semua pelajar: K'jaan akan rujuk nasihat KKM
Kerajaan setakat ini berpegang dengan keputusannya bahawa ujian sapuan Covid-19 hanya diwajibkan untuk pelajar yang menunjukkan gejala virus, sebelum mereka dibenarkan kembali ke asrama mereka atau menduduki peperiksaan.
Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka akan meminta nasihat daripada Kementerian Kesihatan jika ada keperluan untuk mengubah SOP tersebut.
"Setakat ini kekal keputusan pelajar bergejala perlu ujian swab test sebelum pulang ke asrama atau ambil peperiksaan.
"Kalau wajibkan, kos juga akan terlibat. Adakah ibu bapa akan tanggung kos tersebut?
"Itu persoalan-persoalan kita bincangkan dan kita tak nak bebankan ibu bapa
dan pandangan kkm mungkin tak perlu swab semua pelajar, mungkin tumpu kepada yang bergejala itu kemungkinan ada jangkitan virus.
"Tapi yang sihat, tiada gejala, mungkin bagi KKM tidak perlu.
"Tetapi sebab ada sebab ada kes seperti ini, akan rujuk kepada KKM untuk keputusan seterusnya," katanya pada sidang akhbar semalam.
Ismail, menjawab pertanyaan jika Putrajaya akan mengkaji keputusannya untuk tidak membuat pemeriksaan Covid-19 yang diperlukan untuk pelajar yang kembali ke sekolah dan asrama mereka.
Ini berlaku kerana kes positif di kalangan pelajar baru-baru ini dilaporkan di beberapa negeri.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai