Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Rekod baru untuk kes saringan bergejala di Selangor hari ini

Bilangan kes baru Covid-19 daripada saringan bergejala dan tidak berkaitan dengan mana-mana kluster mahupun menjadi kontak rapat di Selangor mencatatkan jumlah tertinggi hari ini, iaitu sebanyak 210 kes.

Menurut data daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), 36 kes baru melibatkan mereka yang mengalami jangkitan pernafasan akut teruk (Sari) manakala 174 lagi dengan gejala lain.

Bilangan kes bergejala ini hampir empat kali ganda lebih tinggi berbanding purata (54.47 kes) yang dilaporkan sejak 30 hari lalu.

Pesakit Covid-19 yang bergejala, termasuk Sari, lebih berkemungkinan untuk mendapat komplikasi berbanding kebanyakan kes yang tidak bergejala.

JKNS tidak menyatakan maklumat berkenaan berapa ramai pesakit ini yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) atau memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah beberapa kali menyatakan yang pesakit Covid-19 paling berisiko menjangkiti orang lain antara tiga hari sebelum mengalami gejala dan tujuh hari setelah mengalami gejala.

[Baca berita asal]