KEMAS KINI 11PM | Lokasi jangkitan Covid-19 (16 Jan)
Senarai lokasi lalu: 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis /17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis | 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan | 7 Jan | 8 Jan | 9 Jan | 10 Jan | 11 Jan | 13 Jan | 14 Jan
Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.
Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].
KILANG, KAWASAN INDUSTRI
- Jalan Cyber 2, Kawasan Perindustrian Senai 3, Senai, Johor
Beberapa kilang di jalan ini melaporkan kes positif melibatkan pekerja.
Kes-kes ini membentuk kluster Senai Cyber dan setakat ini mencatatkan 114 kes.
- Jalan Sembrong, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor
Sejumlah 18 kes dikesan di asrama pekerja di sini, kata KKM.
Kes-kes ini membentuk kluster Jalan Sembrong.
- Jalan Permata 1/3, Kawasan PerindustrianArab Malaysian, Nilai, Negeri Sembilan
Sejumlah 61 daripada 414 pekerja syarikat di jalan ini yang disaring disahkan positif, kata KKM.
Kes-kes ini membentuk kluster Jalan Permata.
- Kilang Top Gloves di beberapa negeri
Kes Covid-19 dikesan di kilang pembuat sarung tangan Top Glove Bhd di Port Dickson (Negeri Sembilan), Sungai Puloh, Klang (Selangor), Shah Alam (Selangor) dan Kulim (Kedah).
Semua pekerja di Port Dickson diperiksa oleh Kementerian Kesihatan pada 14 Januari manakala pemeriksaan di Sungai Puloh, Kulim dan Shah Alam sedang dijalankan.
BANGUNAN KERAJAAN
- Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Hang Tuah, Melaka
Bangunan itu ditutup untuk pembersihan serta-merta semalam setelah seorang kakitangan diuji positif Covid-19, lapor Utusan Malaysia.
Anggota kakitangan itu bekerja di bahagian pengurusan dan dipercayai dijangkiti setelah bersentuhan dengan bapanya yang positif Covid-19.
Operasi bersambung semula pagi ini.
KEDIAMAN
- Taman Juta Intan, Teluk Intan, Perak
Sejumlah 14 kes dikesan di taman perumahan ini setakat ini, kata KKM.
Kes-kes ini membentuk kluster Taman Juta. Kes indeks kluster ini dilaporkan pada 9 Jan hasil saringan individu bergejala.
- Kampung Lebu, Bentong, Pahang
Sejumlah 21 kes dikesan di sini, kata KKM.
Kes-kes ini membentuk kluster Kampung Lebu yang berkaitan dengan majlis kahwin dan tahlil, melibatkan Bentong dan Kuantan.
Kes indeks dikesan menerusi pengesana kontak pada 5 Jan.
- Kampung Jelutong, Bukit Gantang, Perak
Naib Presiden PAS Idris Ahmad menghadiri pengebumian di sini pada jam 9.30 pagi, 7 Jan.
Dia dilihat memakai pelitup muka di sini.
Dia disahkan positif pada 16 Jan.
- Pelbagai tempat di Perak
Idris juga menghadiri program agihan sumbangan kepada pelajar sekolah di beberapa tempat di Perak pada 4 hingga 6 Jan.
Menerusi gambar yang dimuat naik di media sosial, dia dilihat memakai pelitup muka ketika program.
Berikut adalah kawasan yang dilawatinya:
- Pekan Trong, Terong
- Kampung Changkat Ibol, Changkat Jering
- Kampung Sungai Tinggi, Bukit Gantang
- Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Kampung Cheh, Changkat Jering
- Kampung Senduk Batu 8, Changkat Jering
- Taman Berkat, Simpang
- Kondominium Sky, Bandar Puchong Jaya, Selangor
Penduduk di tingkat 6, Menara E disahkan positif, menurut notis pengurusan hari ini.
Kerja nyahjangkitan di kawasan umum terlibat telah dilakukan hari ini.
Ini merupakan kes kedua di Menara E hari ini. Kes pertama dikesan pada 14 Januari, melibatkan penduduk di tingkat 7.
- Residensi 222, Setapak, Kuala Lumpur
Seorang penduduk di Aras 23A disahkan positif dan telah dibawa ke hospital, menurut notis pengurusan semalam.
Penghuni di unit tersebut kini menjalani kuarantin kendiri dan kawasan umum telah dibersihkan.
- Sky Villa, D'Island Residence, Puchong, Selangor
Tiga penduduk diuji positif Covid-19 sejak 31 Disember 2020, termasuk satu hari ini, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penduduk.
Dikatakan semua kes berada di Menara 1 tetapi tidak berkaitan satu sama lain, dan tiada bukti penularan dalam komuniti di Sky Villa.
Kemudahan biasa akan ditutup dan pengunjung tidak dibenarkan masuk buat masa ini.
- Kampung KL Tin, Kerling, Selangor
Semua rumah di penempatan ini telah disanitasi sukarelawan DAP semalam selepas beberapa penduduk kampung diuji positif Covid-19.
- Nova 1 Apartment, Segambut, Kuala Lumpur
Kes Covid-19 dikesan di kalangan penduduk di sini semalam, kata pihak pengurusan.
Individu positif itu terakhir berada di bangunan berkenaan pada 12 Januari dan kini dalam kuarantin di tempat lain sementara menunggu ujian sapuan kedua oleh Kementerian Kesihatan, katanya.
Pihak pengurusan akan menjalankan sanitasi setempat dan menunggu arahan selanjutnya untuk pembasmian kuman oleh kementerian.
- Fortune Perdana, Kepong, Kuala Lumpur
Seorang penduduk diuji positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notisnya semalam.
Kerja pembasmian kuman sedang dilakukan sementara arahan dikeluarkan untuk membersihkan semua permukaan yang sering disentuh di kawasan umum.
- Sri Impian, Seri Kembangan, Selangor
Seorang penduduk di Blok B didapati positif Covid-19 dan telah dihantar ke hospital, kata pihak pengurusan dalam notis semalam.
Ahli keluarganya akan dikuarantin di rumah selama 10 hari.
- Kantan Court, Seri Kembangan, Selangor
Kes kedua Covid-19 dikesan di Tingkat 12 Blok B1 di sini pada 11 Januari, kata pihak pengurusan semalam.
Individu berkenaan masih dalam kuarantin di rumah pada waktu pemberitahuan itu, kata pihak pengurusan.
Pembersihan dan basmi kuman sedang berjalan.
- Seri Maya Condominium, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur
Dua penduduk positif Covid-19 semalam.
Mereka tinggal di dua unit Blok C yang berbeza, kata pihak pengurusan.
Anggota keluarga dan rakan serumah yang tinggal di kediaman sama sedang dikuarantin, katanya.
Kawasan umum di Blok C akan dibersihkan dan pembasmian kuman selanjutnya akan dilakukan setelah penduduk yang dijangkiti dibawa ke hospital.
- The Zest @ Kinrara 9, Puchong, Selangor
Dua lagi penduduk diuji positif Covid-19 semalam menjadikan jumlahnya tiga orang, kata pihak pengurusan.
Kes terbaru di Blok A dan C sementara kes pada 9 Jan di Blok B.
Pengurusan akan meneruskan pembersihan harian di kawasan umum.
- Glomac Damansara Residences, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Seorang lagi penduduk diuji positif Covid-19 semalam, kata pihak pengurusan, menjadikannya enam orang pada bulan ini.
Tiga kes pertama yang dilaporkan pada 6 Januari telah pulih, manakala dua yang positif pada 11 dan 13 Jan dikuarantin di rumah seperti yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan, sementara kes terakhir sedang kuarantin di kediamannya sementara menunggu nasihat KKM.
Pihak pengurusan menggesa mereka yang menggunakan gim untuk memantau gejala mereka kerana penduduk yang positif semalam telah menggunakan gim tersebut pada 31 Disember.
- Denai Impian, Kota Kemuning, Shah Alam
Seorang penduduk di Blok 1 diuji positif Covid-19 pada 12 Jan, kata pihak pengurusan.
Pihak pengurusan mengatakan akan melakukan pembersihan secara intensif untuk membendung penularan virus itu.
- Vina Residency, Kajang, Selangor
Seorang penduduk di Blok B berusia 59 tahun, didapati positif Covid-19, meninggal dunia di rumah pada 9 Januari sementara menunggu untuk dibawa ke hospital, lapor Sin Chew Daily.
Pihak pengurusan dilaporkan tidak dimaklumkan mengenai status penduduk tersebut sehingga ambulans tiba.
Tujuh yang lain yang tinggal di unit kediaman sama sedang kuarantin di rumah.
PERNIAGAAN
- Ben's Independent Grocer, Plaza Batai, Kuala Lumpur
Dua pengawal keselamatan disahkan positif hari ini, kata pasar raya ini.
Hari terakhir merek datang bekerja adalam semalam.
Pasar raya akan menjalankan proses sanitasi manakala kakitangan yang menjadi kontak rapat akan menjalani ujian dan kuarantin kendiri.
- Kedai herba Eu Yan Sang, Taipan, Subang Jaya, Selangor
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 12 Jan bahawa pekerja sambilannya telah diuji positif Covid-19, hasil daripada pemeriksaan rutin.
Kakitangan itu kali terakhir bekerja pada 12 Jan.
Premis itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Pembersihan dan pembasmian kuman telah dilakukan di kedai herba tersebut.
Semua pekerja lain di cawangan yang sama telah menjalani pemeriksaan dan diletakkan dalam kuarantin.
PEJABAT
- Mitsubishi Motors (M) Sdn Bhd, Dataran PHB, Shah Alam, Selangor
Seorang pekerja syarikat ini, yang terletak di Tingkat 6, Blok A disahkan positif hari ini.
Blok tersebut ditutup sementara sehingga pukul 12 tengah hari esok untuk sanitasi, menurut notis pengurusan bangunan.
BANGUNAN
- Kompleks PAS Kangar, Perlis
Naib Presiden PAS Idris Ahmad hadir ke sebuah program di sini pada malam 7 Jan, menurut media sosialnya.
Dalam gambar yang dimuat naik, dia dilihat duduk bersama-sama pemimpin PAS negeri dan memakai pelitup muka.
Dia disahkan positif pada 16 Jan.
- Pejabat PAS Selangor, Shah Alam, Selangor
Idris juga memaklumkan yang dia berkunjung dan menandatangani buku pelawat di sini pada 6 Jan.
Dia dilihat memakai pelitup muka ketika berbuat demikian.
- Dewan Tuan Guru Hj Ahmad Hj Yunus, Bukit Gantang, Perak
Idris hadir ke program agihan bantuan kepada murid sekolah di sini pada 6 Jan.
Dia menyampaikan sumbangan di pentas dan dilihat memakai pelitup muka.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai