Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

'Grabcar tak bersaing dengan pemandu teksi Malaysia'

Perniagaan e-hailing, Grabcar tidak bersaing secara langsung dengan pemandu teksi Malaysia, menurut dokumen mahkamah.

Dalam Pernyataan Pembelaaan oleh syarikat e-hailing berkenaan, ia mendakwa perniagaannya melibatkan kemudahan pengaturan, tempahan atau transaksi untuk penyediaan perkhidmatan pengangkutan darat oleh pemandu bagi penumpang melalui platform mudah alih dalam talian.

"Oleh itu, perniagaan defendan tidak bersaing secara langsung dengan perniagaan pemandu teksi dan pemandu kereta sewa yang digambarkan oleh pihak plaintif," kata Grabcar dalam dokumen mahkamah bertarikh semalam.

Pemfailan mahkamah oleh syarikat e-hailing itu adalah sebagai respons terhadap tuntutan saman oleh pemandu teksi Malaysia, yang mendakwa syarikat itu menjalankan perkhidmatan e-hailing secara haram dari 2014 hingga 2017.

Menurut Pernyataan Pembelaan, syarikat itu berpendapat bahawa tiada peraturan untuk perkhidmatan e-hailing pada masa itu yang bermaksud tiada keperluan di bawah undang- undang untuk syarikat itu mendapatkan lesen khas atau memohon daripada agensi kerajaan.

Grabcar mendakwa apabila pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 mula berkuatkuasa pada 12 Julai 2016, barulah syarikat tersebut dan pengendali e-hailing diberi moratorium satu tahun oleh Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan lesen perantaraan.

"Susulan pengenalan LPTAA 2017 dan CVLBAA 2017, defendan (Grabcar), bagi mematuhi undang-undang baru, kemudian memohon dan diberikan lesen perantaraan pada 28 Mac 2019.

"Oleh itu, adalah dinafikan bahawa defendan telah menjalankan operasi secara tidak sah dari 16 Mei 2014 hingga 27 Julai 2017, seperti yang didakwa sama sekali," kata syarikat itu.

Grabcar juga antara lain mendakwa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak pernah memutuskan bahawa syarikat itu melanggar peruntukan Akta Persaingan 2010.

Ia juga berpendapat pemandu teksi gagal membuktikan kerugian yang dialami atas tindakan syarikat berkenaan seperti yang didakwa.

[Baca berita asal]