Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Naib presiden AS bantah usul singkir Trump

GLOBAL l Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dalam sepucuk surat diutus kepada Speaker Nancy Pelosi, mendesak supaya tidak meneruskan tindakan undang-undang untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump kerana berisiko menggugat kestabilan negara, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Saya gesa anda dan setiap anggota Kongres supaya hindari tindakan yang boleh cetuskan perpecahan dan gugat kesabaran.

"Ayuh bekerja bersama kami untuk redakan keadaan dan satukan negara ketika kita sedang melakukan persiapan pelantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat.

“Saya berjanji akan terus laksanakan peranan saya bersama pentadbiran baharu bagi memastikan peralihan kuasa yang teratur," ujar Pence pada Selasa.

Surat berkenaan didedahkan ketika Dewan membahaskan untuk mengadakan undian dan Pence menyifatkan tindakan itu boleh mewujudkan duluan terburuk.

- Bernama