Pengerusi Amanah Johor pula positif Covid-19
Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan yang juga Adun Parit Yaani memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19.
Katanya, ujian Covid-19 yang diterimanya hari ini menunjukkan keputusan positif.
"Untuk makluman semua, keadaan kesihatan saya kurang memuaskan sejak Ahad 10 Januari 2021 yang lalu. Seterusnya saya membuat pemeriksaan di Klinik. Pagi ini, Selasa 12 Januari 2021, saya dimaklumkan bahawa saya positif Covid19.
"Saya mohon kepada sesiapa yang ada bertemu dengan saya dalam tempoh beberapa hari lalu untuk membuat pemeriksaan sewajarnya. Mohon maaf kepada semua," katanya.
Semalam, Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim juga mengesahkan dia positif virus itu.
Pada 9 Jan, wakil rakyat Nenggiri, Abdul Aziz Yusoff juga memberitahu dirinya telah dijangkiti Covid-19.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai