Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kuching, Sibu, Miri dikenakan PKPB

Kuching, Sibu dan Miri di Sarawak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dari tengah malam 13 Januari selama dua minggu, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Douglas Unggah Embas.

Ini setelah Sarawak menyaksikan lonjakan kes Covid-19 yang mendadak dengan 153 kes baru setakat ini.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan ketua menteri Abang Johari Openg hari ini.

"Oleh itu, mengikut arahan atau garis panduan MKN (Majlis Keselamatan Negara), bila satu kawasan bertukar warna merah, jadi kita harus menimbang sama ada kita nak keluarkan perintah PKPB," katanya.

Kawasan berkenaan termasuk Kota Samarahan dan Serian yang berada di zon Kuching dan Sarikei yang berada di bawah Zon Sibu.