Lokasi kes jangkitan Covid-19 hari ini (31 Dis)
Senarai lokasi 14 hari lalu: 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis/ 17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis
Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.
Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].
PREMIS PERNIAGAAN
- Dataran PHB, Shah Alam, Selangor
The commercial complex management, in a notice to tenants, confirmed that its tenant Symrise Sdn Bhd had reported a Covid-19 case, who is a staff member.
The staff member tested positive for Covid-19 on Dec 30 and have been isolated.
It said the affected area is Level 2 on Block B. It added that Block B was closed yesterday for deep cleaning.
Pengurusan kompleks komersial itu dalam pemberitahuan kepada penyewa, mengesahkan penyewanya syarikat Symrise Sdn Bhd telah melaporkan kes kakitangannya positif Covid-19.
Staf itu positif Covid-19 pada 30 Disember dan telah diasingkan.
Katanya, kawasan yang terjejas adalah Tingkat 2 di Blok B. Jelasnya lagi, Blok B ditutup semalam untuk pembersihan.
- Nasi Kandar Pelita, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor
Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd mengesahkan seorang kakitangan di cawangan Plaza Masalam di Shah Alam positif Covid-19 semalam.
Dikatakan bahawa cawangan tertentu juga ditutup kerana pengesanan kontak rapat dan pembersihan.
KEDIAMAN
Rumah Panjang Uming, Meradong, Sarikei, Sarawak
Seorang penduduk di rumah panjang di Sungai Mador didapati positif Covid-19, menurut Borneo Post.
Lelaki berusia 37 tahun itu dikesan positif ketika kuarantin 14 hari di rumah kerana dia kembali dari Kuala Lumpur.
Dia ditempatkan di bawah kuarantin pada 19 Disember dan menjalani ujian swab kedua pada 28 Disember sebagai syarat untuk mengakhiri kuarantin. Hasil ujian mendapati dia positif Covid-19.
Sarawak mengenakan peraturan kuarantin yang lebih ketat berbanding negeri lain yang tidak mengenakan syarat kuarantin antara negeri.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai