Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
Bekas speaker Johor, Mohamad Aziz meninggal dunia
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Mohamad Aziz, menghembuskan nafasnya yang terakhir malam ini.
Allahyarham yang juga bekas ahli parlimen Sri Gading meninggal dalam usia 80 tahun di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.
Umno Johor pada hantaran di Facebook mengesahkan berita pemergian allahyarham.
Mohamad pernah menjawat timbalan pengerusi tetap Umno bagi sesi 2008 ke 2011, selain bekas ketua Umno Bahagian Sri Gading.
Difahamkan, jenazah Mohamad akan dikebumikan pada hari esok, Jumaat dan akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Johor Bahru.
Allahyarham menyandang kerusi parlimen Sri Gading selama tiga penggal dari 1999 ke 2013 dan kemudian menjadi speaker DUN Johor dari 2013 ke 2018.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai