‘Saya sebagai menteri amat malu’
Menteri Sumber Manusia M Saravanan menyifatkan kehidupan pekerja di sebuah kilang di Kajang hari ini sebagai hamba zaman moden dan lebih teruk berbanding era prakemerdekaan.
“"Saya masih tidak boleh percaya wujud tempat macam ini di Malaysia dan masih tidak dapat pasti bagaimana mereka boleh hidup dalam keadaan kotor dan teruk begini,” dia dipetik sebagai berkata oleh Astro Awani.
Saravanan berkata demikian kepada pemberita setelah menyertai lawatan mengejut di Kilang itu pagi tadi.
Portal itu melaporkan pekerja kilang itu seolah-olah disumbat dalam kawasan sempit yang berbau hancing dan hapak.
Portal itu juga difahamkan sejumlah 781 pekerja, dengan 759 orang pekerja asing, tinggal di dalam kontena yang diubah suai menjadi tempat tinggal.
Saravanan justeru memberi amaran keras kepada majikan-majikan supaya mematuhi akta dalam pengendalian pekerja asing.
"Saya sebagai menteri amat malu melihat keadaan seperti ini yang cukup teruk yang saya lihat setakat ini,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai