Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

'Perluas usaha pendigitalan manuskrip lama ke semua IPT'

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mencadangkan kerajaan memperluaskan usaha pendigitalan manuskrip lama berkaitan Malaysia yang berada di luar negara.

“Saya mencadangkan inisiatif kerjasama antara Arkib Negara dan Perpustakaan Negara ini perlu diperluas kepada semua IPT untuk menyokong ekosistem pendidikan ilmiah yang berteraskan sejarah negara bangsa,” kata Maszlee.

Menulis di Instragram, dia berkata, sistem e-manuskrip dibangunkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ketika dia mengetuai kementerian pendidikan sebelum ini.

Katanya Memorandum Persefahaman (MoU) dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (Inspire), UniSZA dengan beberapa institusi seperti Arkib Negara, Muzium Negeri Terengganu, Universiti Durham, United Kingdom dan Telekom Malaysia.

Teks Hikayat Raja Pasai, gambar hiasan

Katanya, usaha itu dimulakan untuk memudahkan akses serta menyebar luas kandungan manuskrip agar khazanah negara terpelihara bagi rujukan generasi kini dan akan datang.

“Justeru itu, proses pengumpulan, pendigitalan dan pembangunan sistem manuskrip Islam dan alam Melayu yang mempunyai nilai sejarah negara dari serata dunia akan dijejaki serta dibawa pulang ke Malaysia,” katanya.