Covid-19: Plaza tol Sedenak tutup 6 jam untuk sanitasi
Plaza Tol Sedenak di Johor Bahru, ditutup sementara selama enam jam bermula 12 tengah hari tadi berikutan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19, semalam.
Plus Malaysia Bhd (Plus) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dan pembersihan dilakukan secara menyeluruh sebelum plaza tol itu dibuka semula.
"Kakitangan tersebut merupakan seorang pembantu khidmat pelanggan yang ketika ini sedang dirawat di sebuah hospital.
“Kita juga menjalankan pengesanan kontak termasuk mengarahkan semua kakitangan operasi dan penyelenggaraan di plaza tol berkenaan agar melakukan pemeriksaan dan saringan kesihatan,” menurut kenyataan itu.
Plus turut memaklumkan sepanjang tempoh penutupan itu, pengguna lebuh raya dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru boleh melalui lebuh raya Plus menerusi Plaza Tol Simpang Renggam ataupun Kulai.
Bagi pengguna dari Kuala Lumpur menghala ke Sedenak pula dinasihatkan agar keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala pengguna dari Johor Bahru menghala ke Sedenak boleh keluar melalui lebuh raya Plaza Tol Kulai.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut Plus.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai