Sana Khan nikahi ulama demi 'cinta halal'
Selepas lebih sebulan Sana Khan mengumumkan untuk meninggalkan dunia glamor demi Islam, kini aktres Bollywood itu berkongsi berita gembira bergelar isteri seorang ulama bernama Mufti Anas Sayied.
Pelakon yang pernah menjayakan filem Jai Ho itu selamat bernikah pada 20 Nov lalu namun hanya berkongsi perkara tersebut melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Sana, 32, berharap Allah dapat menyatukan dia dan suaminya di syurga.
“Saling sayang-menyayangi kerana Allah. Hubungan halal kerana Allah. Semoga Allah terus menyatukan kita di dunia ini dan bertemu di syurga.
“Saya tak sangka, cinta halal akan menjadi sangat bermakna hingga saya mengahwini kamu," katanya seperti dilaporkan media tempatan.
Pada perkongsian lain, dia turut berkongsi beberapa gambar busana yang digayakan sepanjang majlis perkahwinan dengan ulama berasal dari Surat, Gujarat itu.
Oktober lalu, Sana memaklumkan untuk bertaubat dan mengabdikan dirinya kepada Yang Maha Esa.
Justeru, dia berkata, sanggup meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya selepas 15 tahun bergelumang dalam bidang itu.
Pelakon itu berharap keputusannya itu dapat menghapuskan segala dosa yang pernah dilakukan sebelum ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai