Pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang - Luas, Air Selangor
Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Air Selangor mengesan pencemaran bau dengan kiraan empat TON di Sungai Kundang, dipercayai berpunca daripada limpahan kawasan takungan berhampiran Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di Taman Velox, Rawang, kira-kira 12 tengah malam tadi.
Menurut hantaran Twitter Luas, kejadian juga dipercayai berpunca daripada kebocoran yang disebabkan hujan lebat di kawasan itu, dan Air Selangor telah mengambil tindakan segera dengan meletakkan 14 beg ‘activated carbon’ di aliran keluar dan di dalam takungan di kawasan longkang berhampiran loji rawatan tersebut.
“Tiada henti tugas loji rawatan air dan gangguan bekalan air dilaporkan," demikian menurut hantaran itu.
Menurut Luas, pihak IWK juga sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai