Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Trump buat pertama kali dilihat akui mungkin diganti Biden

GLOBAL | Presiden Donald Trump dilaporkan mula mengakui kemungkinan dia tidak lagi menjadi presiden Amerika Syarikat (AS), susulan pilihan raya presiden baru-baru ini.

Ia melalui kenyataannya Jumaat lalu yang antara lain berkata dia tidak akan mengenakan perintah berkurung tetapi "hanya masa menentikan" jika petadbiran lain mengambil alih pada Januari depan dan berbuat demikian, menurut Reuters.

Dalam ucapan itu, pertama kali sejak Joe Biden diangkat sebagai pemenang, Trump berkata dia menjangkakan vaksin bagi koronavirus akan pada April depan.

Dalam siaran ucapannya di White House, dia dilihat pertama kali mengakui kemungkinan pentadbiran oleh Biden, walaupun pada awalnya enggan berbuat demikian dan tidak menyebut nama pesaingnya dari Parti Demokrat itu.

"Sebaik-baiknya, kita tidak melaksanakan perintah berkurung. Saya tidak akan lakukannya, pentadbiran ini tidak akan mengenakan perintah berkurung.

"Mudah-mudahan, apa sahaja yang berlaku pada masa akan datang - siapa tahu dalam pentadbiran yang mana. Saya rasa masa akan menentukannya,” katanya seperti dipetik agensi itu.

Sejak pilihan raya 3 November, Trump berulang kali mendakwa berlakunya penipuan dalam pilihan raya tersebut.

Sejumlah pegawai pilihan raya persekutuan dan negeri AS juga dalam kenyataan bersama menafikan perkara itu, dengan berkata tiada bukti kehilangan atau perubahan undi ditemui.

[Baca berita asal]