Penunjuk perasaan di Thailand kembali ke jalan ulangi tuntutan
Ribuan penunjuk perasaan kembali ke jalan-jalan di Bangkok, mengulangi tuntutan perubahan politik.
Penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di Monumen Demokrasi di Ratchadamnoen Avenue di ibu negara Thailand, mengulangi desakan termasuk supaya perdana menteri meletak jawatan, pembubaran Parlimen, pindaan Perlembagaan serta reformasi institusi monarki.
Penunjuk perasaan cuba berarak ke Istana Besar untuk menyampaikan tuntutan berkenaan kepada Raja Maha Vajiralongkorn.
Bagaimanapun mereka dihalang oleh sekatan bas dan kawat berduri di Sanam Luang, Dataran Diraja, berhampiran Istana Besar.
Bagi menyuraikan kumpulan itu yang berusaha menghampiri Istana Besar, polis menembak meriam air, kali kedua selepas protes pada bulan lepas.
Terdahulu, polis memberi amaran kepada penunjuk perasaan itu agar berada sekurang-kurangnya 150 meter dari istana di bawah Akta Perhimpunan Awam.
Sementara itu, Pusat Perubatan Erawan Pentadbiran Metropolitan Bangkok melaporkan seorang pegawai polis dan dua penunjuk perasaan cedera ringan ketika meriam air ditembak.
Sejak pertengahan Julai, penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di Bangkok dan bandar-bandar lain mengulangi tuntutan mereka untuk perubahan politik, termasuk supaya perdana menteri berundur, pembubaran Parlimen, Perlembagaan dipinda dan reformasi kepada institusi monarki.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai