Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

500 sekolah terima 150 ribu komputer riba

BELANJAWAN 2021| Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.

"Dalam norma baru ini, pembelajaran secara dalam talian telah menjadi satu amalan.

"Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan bahawa GLC dan GLIC akan menyumbang sebanyak 150 juta ringgit ke dalam Tabung Cerdik bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis.

"Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah," kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam ucapan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Terdahulu, Zafrul mengumumkan Belanjawan 2021 yang berjumlah RM322.54 bilion yang merupakan belanjawan paling besar pernah diumumkan kerajaan.