Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
Biden hanya perlu 6 undi untuk menang
GLOBAL | Calon demokrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan, memetik unjuran Fox News lapor Agensi Sputnik.
Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri itu selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Presiden Donald Trump. Sebanyak 99 peratus undi sudah dikira, lapor Fox.
Ia menjadikan Biden hanya memerlukan enam lagi undi daripada 270 yang diperlukan untuk muncul sebagai presiden AS yang baru, kata laporan itu.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai