Ismail: SPR akan keluar SOP 'ketat' untuk PRK Batu Sapi
Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung prosedur operasi standard (SOP) "ketat" untuk PRK Batu Sapi dalam masa terdekat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tiada kuasa untuk menangguhkan mahupun membatalkan PRK tersebut kerana ia termaktub Perlembagaan Persekutuan.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media hari ini, berhubung sama ada PRK Batu Sapi akan diteruskan atau tidak di tengah-tengah situasi penularan Covid-19 di Sabah.
Justeru, katanya, tiada pilihan lain kecuali meneruskan PRK Batu Sapi.
"Apabila berlaku kekosongan kerusi, sama ada melalui pembubaran Parlimen atau DUN, ataupun disebabkan kematian, Perlembagaan Persekutuan menyatakan pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari.
"Bagaimanapun kita faham ketakutan rakyat di Batu Sapi. Saya difahamkan rakyat di sana cemas, petugas pilihan raya pun tak berani nak bertugas.
"Jadi kita akan panggil SPR, esok atau lusa, untuk bentangkan SOP yang ketat bagi menjamin kesihatan penduduk untu keluar mengundi," katanya.
Katanya lagi, SPR akan mengeluarkan SOP untuk mengurangkan pergerakan dan kontak antara individu sepanjang PRK itu.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai