Tauke shisha tak mengaku salah cederakan polis
Seorang peniaga shisha bersama dua pekerja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap anggota dan pegawai polis serta menghalang penjawat awam melaksanakan tugasn
Tertuduh, Mohamad Nornasharieq Rosli, 28, dan pembantunya, Mohamad Hamiri Asraf Ab Hamid,24, serta Mohammad Nor Aizaq Rosli, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Mereka bertiga didakwa secara berasingan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli dan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.
Menurut pertuduhan pertama, Mohamad Nornasharieq didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Lans Koperal Tuan Hafizuddin Tuan Muhd Sekuli sehingga menyebabkan cedera tulang tangan di sebuah bistro di Lembah Sireh, Kota Bharu, dalan kejadian jam 8.15 malam, 14 Oktober lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Dalam pertuduhan kedua pula, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang penjawat Inspektor Indrah Nahu dengan cara menumbuk dan mencakar ke arah muka sehingga mengalami kecederaan pada tarikh, masa dan lokasi sama.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula 16 November depan.
Sementara itu, Mohamad Hamiri Asraf dan Mohammad Nor Aizaq juga mengaku tidak salah atas dakwaan bersama-sama menghalang tugas penjawat awam dengan menghalang pihak polis daripada membuat tangkapan terhadap Mohamad Nornasharieq.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Jika disabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Mereka dibenarkan untuk diikat jamin masing-masing RM4,000 Kes ditetapkan untuk serahan dokumen pada 24 November depan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai