Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dua kluster baru di Selangor dan Melaka, kluster aktif kini 87

Dua kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor dan Melaka hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 87.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu membabitkan Kluster Hentian di Hulu Langat dan Kluster Bukit di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

“Kes indeks bagi Kluster Hentian (iaitu kes ke-18,664) dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 15 Okt dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam lagi kes positif dan sehingga 12 tengah hari ini, sejumlah 127 individu telah disaring dengan tujuh kes dikesan

positif dan 120 individu masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Mengenai Kluster Bukit, Dr Noor Hisham berkata kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-17,531) telah dikenal pasti positif hasil saringan individu bergejala pada 13 Okt dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

[Berita penuh menyusul]

- Bernama