Sada: MB Kedah tiada kaitan dengan keputusan beli Vellfire
Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada), yang dimiliki oleh kerajaan Kedah, tampil menjawab dakwaan yang menuduh mereka membeli Toyota Vellfire baru untuk Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor.
Sada menjelaskan bahawa Sanusi tidak terlibat dalam keputusan membeli kenderaan tersebut.
Syarikat itu juga menekankan bahawa pembelian kenderaan itu dibuat mengkiut prosedur pemerolehan.
"Berhubung isu pembelian kenderaan MPV Toyota Vellfire bernombor plat KEP5000 yang tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu, di sini Sada ingin menjelaskan bahawa pembelian kenderaan tersebut adalah diuruskan mengikut prosedur perolehan Sada serta telah diputuskan oleh pihak pengurusan Sada bagi kegunaan rasmi pihak pengurusan syarikat.
"Tambahan lagi menteri besar Kedah iaitu Muhammad Sanusi tiada kaitan dengan keputusan syarikat untuk membeli kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Untuk rekod, Sanusi merupakan pengerusi Sada.
Kenyataan Sada itu hadir susulan dakwaan yang disebarkan di media sosial yang mengatakan bahawa Sanusi membeli kenderaan yang dibiayai oleh Sada.
Kenderaan itu dikatakan berharga kira-kira RM345,000.
Menurut laman web Toyota Malaysia, Vellfire 2.5L dijual dengan harga RM367,881 tanpa insurans.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai