'PKPB keterlaluan, bunuh ekonomi, mental rakyat' - Pakar
Pakar perubatan, Dr Musa Mohd Nordin sekali lagi tampil menyuarakan bantahan terhadap pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), yang menurutnya akan memberi kesan besar buat rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah.
“Tepat sekali @ProfAdeeba. Bukankah mereka menggalakkan 3C? Jarak (lebih daripada) 2 meter + bercakap (tidak lebih daripada) 15 minit) + berpelitup muka - itu bukanlah risiko Covid yang tinggi!
“PKPB adalah keterlaluan (overkill). (Ia) membunuh mata pencarian, bunuh ekonomi, menjejaskan kesihatan mental, merebakkan ketakutan. Kenapa hukum Mak Cik Kiah yang hanya mahu mencari rezeki?” ciapnya di Twitter.
Konsep 3C yang dimaksudkan Dr Musa ialah saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengelak tiga situasi bagi menghindari Covid-19.
Tiga situasi itu ialah tempat sesak (crowded places), keadaan yang menyebabkan berlakunya kontak rapat (close-contact settings) dan kawasan terkurung dan tertutup dengan pengudaraan yang tidak baik (confined and enclosed spaces).
Dia turut mengepil laporan media berkenaan ciapan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya Profesor Dr Adeeba Kamarulzaman beberapa hari lalu yang mempersoalkan penutupan pasar raya dan universiti hanya kerana terdapat beberapa kes positif berdekatan kawasan tersebut.
Dalam ciapannya, Dr Adeeba meminta tumpuan diberikan terhadap “hal asas”, iaitu pengesanan kontak.
Ini bukanlah kali pertama Dr Musa dan Dr Adeeba menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap langkap perintah kawalan pergerakan, dengan Dr Musa pernah mengkritik langkah PKPB, manakala Dr Adeeba mengkritik PKPD di penjara sebelumnya.
Dalam ciapana susulannya, Dr Musa menegaskan PKP adalah sangat membebankan kepada golongan berpendapatan rendah.
“Covid-19 dan PKP membebankan golongan berpendapatan dan berpangkat rendah secara tidak seimbang, aka Makcik Kiah yang menjual pisang goreng di flat PPR.
“(Ia) sangat menjejaskan pendapatan mereka dan (menyebabkan) kegelisahan otak/kemurungan/bunuh diri.
“Rakyat Malaysia mesti menggunakan semua pendekatan yang ada, bukan hanya PKP! WHO dah kata, kan?” ciapnya lagi.
PKPB akan dikuatkasakan semula bermula tengah malam ini, iaitu 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya susulan peningkatan kes Covid-19 di beberapa kawasan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai