Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Gangguan bekalan air tak berjadual di 6 kawasan di Klang, S Alam

Enam kawasan di Wilayah Klang/S hah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam ini sehingga petang esok, susulan kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kawasan yang terlibat ialah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam.

Katanya, kerja-kerja pembaikan paip pecah yang bermula 9 malam tadi dijangka siap 9 pagi esok dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 3 petang esok.

“Pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis dan tekanan air, apabila bekalan air disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah dari semasa ke semasa, melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

- Bernama